Cerita ini dipetik dari sebuah buku
motivasi bertajuk 'U-Turn ke Jalan Lurus' oleh Zul Ramli M. Razali. Hayatilah
sebagai pengajaran untuk kita semua....
Perjalanan pulang dari showroom
dengan memandu kereta baru memberi satu pengalaman sangat menguja. Bau
dalaman dan bungkusan plastik masih ada., sudah cukup menceritakan bahawa
impian bertahun-tahun untuk memiliki sebuah kereta hebat telah menjadi
kenyataan.
Sesampai di rumah, kereta diparkir
di garaj dengan berhati-hati, sudah tentu sedikit calar akan mengguris
kegembiraan yang sedang dinikmati kini. Isteri, anak termasuk pembantu rumahnya
entah berapa kali berkeliling melihat dari pelbagai sudut dan memuji serta
menyebut hal-hal yang sama berulang kali. Anak kecilnya berumur tiga tahun
nampak lebih teruja dengan tak habis-habis keluar masuk kereta.
Malam itu, sebelum tidur juga
duduk-duduk di tempat pemandu dan melihat lagi keretanya sebelum ke katil.
Mungkin tidurnya juga bermimpikan kereta baru dengan warna merelit.
Hari esok, dia bangun penuh ceria,
bergegas menghadap sarapan lalu mencapai beg bimbit untuk ke pejabat.
Kawan-kawan sudah maklum, dan hari ini: Surprise! Begitu rancangannya.
Tetapi apabila dia menghampiri
keretanya ada sesuatu yang sungguh memeranjatkan. Dia mendapati sekeliling
keretanya terdapat calar-calar dengan goresan yang ketara. Beberapa saat
terpinga dia hanya terpaku berdiri kekejangan.
Beg bimbit terlepas daripada
genggaman kemudian muka terasa panas tersimbah dan kem
arahan membakar dada. Spontan datang
dalam mindanya wajah anak kecil yang memang suka menconteng serata dinding.
Baru kelmarin dia belikan kotak pensil warna dan kertas lukisan bagi mengatasi
tabiat menconteng tersebut.
"Adik, mari sini!"
Jeritnya kuat memanggil anaknya, nafasnya tertahan-tahan dalam membuak api
kemarahan."Budak ini kena ajar," getus hatinya, berani benar anaknya
menggores kereta barunya.
Si anak penuh ketakutan seperti
seekor burung ciak yang menggigil dibasahi hujan. Tanpa berlengah bersama
arus kemarahan yang sukar dibendung si ayah memukul anaknya di serata
badan sambil mulutnya tak sudah-sudah menghamburkan kemarahan. Anak kecil ini
hanya meraung dan menangis tetapi dalam hati rasa bersalah atas apa yang dia
telah lakukan.
Kemarahan ayah masih belum reda
lantas mengambil pembaris besi nipis dan dipegangnya tangan anak. Pembaris
tersebut diracik-racikkan ke tangan si anak sambil ayahnya berkata, "Ini
ayah nak ajar kamu!"
Ia terus mengherdiknya berulang
kali. Kalaulah tidak disabarkan oleh isterinya mungkin jadi lebih teruk lagi
anaknya. Anaknya tersepuk dalam dakapan pembantu rumah dengan sedu-sedan serta
air mata terurai.
"Mana pensel warna yang ayah
belikan semalam?" bentak ayah sambil mencari pensel warna yang baru
dibelikan itu. Si ayah merampasnya dan mencampakkannya ke dalam kereta.
Pagi tersebut sangat murung buat
anak, sangat perit buat ayah. Ayah masuk ke dalam kereta, menghempas pintu,
menekan pedal minyak dan berlalu pergi tanpa menoleh. Ibunya pula hanya punya
masa sebentar kerana terpaksa bergegas untuk urusan jauh ke luar daerah.
Tinggallah anak ini dengan air mata
berlinangan, sedu, tangis dan kesakitan.
Ayah yang masih marah dan tidak
dapat memaafkan anaknya terus menghantar kereta ke bengkel dan dia hanya di
luar sepanjang hari. Buat sementara tertutup hati untuk balik ke rumah.
Lewat petang, telefon bimbitnya
berbunyi, dengan malas dia mengangkat kerana dia tahu itu panggilan dari
rumahnya.
"Bapak, apa saya perlu buat?
Adik asyik menangis dan demamnya kuat sekali." Adu pembantu rumah di
hujung talian dalam butir bicara keliru.
'Biarkan dia, saya nak ajar dia
cukup-cukup!" Dengan marah dia terus mematikan telefon bimbitnya.
Malam itu, ayah tidak pulang ke
rumah. Namun ketika lewat malam telefon bimbit berbunyi bertalu-talu daripada
nombor yang dia tidak tahu. Dia mengangkatnya. Amat mengejutkan panggilan
tersebut dari sebuah hospital meminta dia datang dengan segera. Tanpa
berlengah, dia terus ke hospital.
Dia mendapati isterinya turut berada
di sana. Pembantu rumah yang bergegas membawa anak ini ke hospital juga turut
bersama dengan wajah sugul bercampur rasa bersalah. Dia terus meluru masuk
berjumpa doktor bagi mengetahui kondisi anaknya. Alangkah pilunya apabila ia
diminta menandatangani akuan bagi melakukan pembedahan bagi memotong
pergelangan tangan anaknya..
"Seluruh sarafnya telah rosak
dan bakteria telah masuk ke dalam sum-sum tulang, kami tidak ada pilihan
melainkan terpaksa memotongnya untuk menyelamatkan nyawa anak ini." Jelas
doktor dengan gambar x-ray dan analisis lain penuh di atas meja. Dengan hati
yang berat dia menurunkan tandatangannya.
"Hari malang apakah
ini..." tangis hatinya dengan rasa sesal yang tidak dapat dibendung
mengenang nasib anaknya.
Si ayah melihat dengan penuh simpati
pada wajah comel anaknya yang telah terbaring setelah melalui pembedahan yang
panjang. Dia tidak pasti apa perasaan sepatutnya ketika itu. Berulang-alik rasa
bersalah, kasihankan si kecil, bodohnya tindakan, menyesal, simpati dan
semuanya tidak jelas tapi satu yang jelas ialah tangan anaknya telah kudung.
Apabila si anak sedar, dia melihat
ayah dan ibunya berada di sisi. Dia menangis sambil memohon kemaafan.
"Ayah... Maafkan adik, adik
janji tidak akan gores kereta ayah lagi."
"Ayah tolong pulangkan pensel
warna adik ... Adik nak melukis," rayu anak kecil itu dalam esakan
meninggi mengemis simpati ayahnya.
Kelu lidah ayahnya, hanya air mata
hangat mengalir dan di dalam dada sarat tergumpal rasa sesal. Dia hanya mampu
menatap wajah anaknya yang masih menangis.
Tapi kemudian apabila anak ini
tersedar tentang tangannya yang kudung, saat itu dia berkata dalam kesayuan,
"Ayah, tangan adik dah tak ada, adik dah tak boleh melukis lagi, kalau
adik dah besar nanti macamana nak jaga ayah..macamana adik nak mandikan ayah.
Tangan adik dah tak ada lagi...Ayah, pulangkan tangan adik."
Tangisan adik terlalu kuat, sangat
menyayat hati. Ayah hanya mampu menangis semahu-mahunya. Apakah yang mampu
dia perbetulkan kini? Dia merangkul anaknya dengan pandangan kosong melihat
anak bersama cita-citanya yang berkecai dan berderai.
Marilah kita meneroka ke dalam hati
si ayah dan bertanya terus kepada keyakinannya:
"Bukankah anak ini harta yang
paling berharga?"
Ya
"Bukankah anak permata
hati?"
Benar.
"Bukankah anak ini ditunggu
sejak kelahirannya, digomol penuh manja masa kecilnya, apabila berjauhan anda
merinduinya, dia memanggil ayah dan menjadikan hidup anda bahagia?"
Benar, benar dan benar.
"Kalau begitu, samakah nilainya
dengan warna kereta baru anda?
Tidak sama sekali.
"Jadi, kenapa anda sanggup
memusnahkan cita-citanya dengan amarahmu itu?"
Errr.. (tiada jawapan).
Sampai di sini kita sedar ada
perselisihan ketara antara keyakinannya dengan apa yang dia buat. Dia mungkin
tidak dapai mencari jawapan kenapa, tetapi telah mengetahui akibatnya.
Justeru itu bagi kita, sekiranya
keyakinan tidak dapat memperkuat amal, tambahkan satu lagi kayakinan bahawa:
Kebinasaan pasti menunggu mereka
yang gagal beramal mengikut keyakinannya!
"May our songs be true to what
we see on the horizon."
*Pengajaran:
- kemarahan akan membawa padah. dan kita perlu bahawa apa yang kita lakukan akan ada kesan. kerana kita adalah tergolong dalam sistem alam ini.. nak x nak, kita akan dapat balasan apa yang kita kerjakan... perkara yang kita boleh ubah adalah SEBAB, tetapi kesan daripada SEBAB kita tidak boleh ubah.
- maka, berfikirlah sebelum bertindak
- kawallah amarahmu, kerana apabila kita amarah, Allah tidak bersama kita, tetapi Syaitan yang bersama dengan kita.
- tingkatkan kesabaran, hidup ini adalah ujian Allah.
- jadikan Rasulullah S.A.W adalah idola kita. Akhlak RASULULLAH S.A.W adalah ALQURAN.
0 komentar